Apa Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Water Solenoid Valve

Sebelum beli perkara pertama yang nak kena ambil tahu adalah berapa tekanan yang solenoid valve tersebut boleh terima. Nilai tekanan tersebut boleh di-semak di spesifikasi solenoid valve yang kita nak beli.

Unit yang digunakan adalah MPa – Megapascal Pressure Unit, tapi kebiasaan unit yang kita familiar adalah PSI, biasa kita nampak di stesen minyak tempat isi angin atau di bengkel.

Jadi, Ini water solenoid valve yang aku beli dari banggood, dengan spefisikasi berikut;

Di sini kita boleh tengok yang dia highlight bahawa MPa dia adalah maximum MPa adalah 0.01MPa yang kalau di tukar pada unit PSI hanya 1PSI.

Maksud kat sini adalah tekanan air yang water valve sini boleh terima sangat rendah dan kalau dipasangkan kepada paip rumah ia tidak akan berfungsi kerana tekanan air di rumah adalah lebih tinggi iaitu sekitar 25-30PSI. Rujukan bukan dari sumber yang rasmi sebab aku tak jumpa rujukan yang reliable untuk Malaysia. Kalau oversea, water inlet pressure mereka lebih tinggi sekira 40-45PSI.

Jadi aku telah beli water solenoid valve yang lebih baik dari AliExpress dengan spesifikasi berikut

Water valve ini mampu menampung sehingga 110PSI ( 0.8MPa ) dan aku akan pasang ke paip rumah secara direct. Aku akan bagi komen review aku di sini supaya boleh dijadikan rujukan orang lain yang nak beli water solenoid valve untuk dipasang di paip rumah.

Jika sekiranya anda dah terbeli solenoid valve yang hanya mampu menampung 0.08MPa, anda kena pastikan bahawa tekanan solenoid tersebut bawah di bawah 0.08MPa ( 1PSI ), persoalan, macam mana kita nak tahu bahawa tekanan tangki air itu adalah bawah 0.08MPa?.

Ini formula dia;

Pressure (P) = 0.433 × height of water in feet (h)

and it takes 2.31 feet of water to create 1 psi of pressure.

rujukan dari – How to Calculate Pounds Per Square Inch in Elevated Water Storage Tanks

Jadi dari hasil formula di atas, aku nak buktikan bahawa yang water solenoid valve aku berfungsi dengan tekanan bawah 0.08MPa, aku dah buat satu modifikasi dekat tong cat dan aku sambungkan solenoid valve aku, kemudian, aku pasang kepada power supply dan air terus keluar. Bila cabut power supply air berhenti.

Aku teruskan lagi dengan pasang pada relay switch dan execute ON script dari Raspberry Pi, solenoid valve buka dan air keluar dan begitu juga bila bila execute OFF script.

Leave a Comment