Perkongsian Suis Pintar dan Sistem Pengairan Pintar

Projek yang aku bina ini adalah projek pertama dalam penglibatan IOT ( orang kita panggil Internet Kebendaan ). Kalau diikutkan device pertama yang berkaitan dengan IOT aku ada dahulu adalah Raspberry Pi version pertama dan kemudian aku beli Raspberry Pi versi kedua. Kedua-dua RPi aku guna sebagai webserver, media center di rumah sahaja. Penggunaan media center sehingga suatu masa RPi yang beroperasi secara tiba-tibe menjadi korup ( storage rosak ) dan perlu di-“image” semula.

Sejak dari itu, aku diperkenal oleh rakan sekerja mengenai NodeMCU v3 yang pada mulanya aku tidak berminat tetapi aku mula membuat kajian mengenai microcrontroller ini dan membuat perbandingan dengan RPi yang aku pernah guna.

Microcontroller vs Microprocessor

Perbandingan microcontroller dan microprocessor sangat banyak di luar sana, anda boleh Google sahaja untuk memahami dengan lebih lanjut. Tapi pada pendapat aku secara mudah, ia bergantung kepada projek yang anda ingin laksanakan.

Aku pernah guna Raspberry Pi dengan sensor capacitive proximity sensor untuk mengesan level air di dalam botol dan dari sini aku tersedar yang sekiranya aku nak pakai sensor ini aku perlu device yang boleh running dengan lebih reliable sebab ia akan berbalik kepada isu yang diceritakan di atas.

Reliable pada anggapan aku adalah apabila device yang digunakan bersama dengan capacitive proximity sensor boleh beroperasi secara “headless” ( tanpa pemantauan ) dalam jangka masa yang lama dan tahan dari segi cuaca dan keadaan sekeliling. Ia juga tak perlu sebarang penyelenggaran.

Oleh yang demikian, aku beralih kepada microcontroller NodeMCU v3. NodeMCU pada aku adalah suatu benda yang agak baru pada aku yang aku mula kenal pada tahun 2019 yang aku beli dari Cytron. Segala peralatan untuk mula aku beli dari Cytron tapi aku tak beli starter kit sebab aku cuma nak belajar mengenal sahaja dulu.

Jadi setelah mengenal dan buat sedikit pembacaan aku terus sahaja buat hands on iaitu projek membaca temperature dan humidity ( suhu & kelembapan ). Aku rasa, rata-rata pun yang mengenali NodeMCU atau seangkatan dengannya akan mula dengan projek senang macam ini.

Tapi untuk aku, aku dah rancang untuk bukan sekadar mengetahui bacaan suhu & kelembapan secara offline ( baca dari serial console ) atau dari display tetapi menyimpan data-data tersebut di dalam database timeseries InfluxDB. Dengan ini barulah lengkap penggunaan NodeMCU yang mana ia akan melayarkan data-data yang ia baca dari sensor dan hantar value tersebut ke dalam InfluxDB.

Hasil yang disimpan ke dalam InfluxDB akan digrafkan menggunakan Grafana. Di bawah ini adalah contoh screenshot ( tangkap layar ) dari hasil data yang di simpan di dalam InfluxDB.

2.
Suis Pintar dan Sistem Pengairan Pintar

Tapi posting kali ini bukan untuk menceritakan tentang sensor suhu atau kelembapan tetapi berkenaan tentang mengawal suis lampu dan suis pam air. Untuk projek ini aku menggunakan 4-channel relay untuk mengawal dua lampu arus ulang-alik dan 2 pam air.

Lampu eletrik tersebut adalah sebiji lampu limpah dan lampu perhiasan liplap. Kesemua peralatan tersebut dikawal melalui MQTT protocol dan arahan hanya diterima pada waktu-waktu tertentu yang dihantar oleh server.

Berikut adalah contoh command untuk hantar MQTT message ke broker server untuk mengawal lampu limpah. Pada hemat aku, cara ini tidak user friendly sebab ia dihantar melalui command line. Tetapi disebabkan hanya aku seorang yang guna jadi tiada masalah cuma jika ingin dikembangkan lagi memerlukan kaedah yang lebih mudah.

# Lampu porch ON pukul 10PM
0 22 * * * root mosquitto_pub -h example.com -p 1883 -t /home/porch/instruction -m "8"
# Lampu porch OFF pukul 6AM
0 6 * * * root mosquitto_pub -h example.com -p 1883 -t /home/porch/instruction -m "7"

Begitu juga dengan sistem pengairan yang mana mesej dihantar pada waktu tertentu jadi pokok akan disiram dengan lebih konsisten dan waktu yang tepat pada setiap masa.

3.
Kelebihan & Kekurangan Suis Pintar dan Sistem Pengairan Pintar

Jadi untuk berkongsi tentang kelebihan dan kekurangan sistem suis pintar dan sistem pengairan pintar ini, aku akan senaraikan tiga untuk setiap satunya.

Kelebihan Sistem Ini

  • Kita boleh mengawal sistem ini dari mana-mana tempat di serata dunia.
  • Konsisten untuk setiap apa arahan yang telah ditetapkan & dijadualkan.
  • Membantu manusia untuk meng’automatik’kan kerja yang berulang-ulang.

Kekurangan Sistem Ini

  • Sentiasa bergantung kepada sambungan internet untuk memastikan bahawa ia sentiasa menyemak dengan server supaya tidak terlepas dengan arahan baru.
  • Microcontroller itu sendiri juga perlu di’monitor’ supaya kita boleh tahu yang ia telah berhenti berfungsi dan boleh mengambil tindakan selanjutnya.
  • Tak boleh update feature secara online.

Ini semua adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang aku dah alami sepanjang membuat projek ini dan sekiranya terdapat kesalahan sila perbetulkan aku dengan komen dan idea yang bernas.

Sekian dahulu perkongsian, aku akan cuba perincikan lagi dari sudut teknikal, source code dan sebagai nya dalam posting yang seterusnya.

Leave a Comment