Review Soil Moisture Sensor

Aku ada beli soil moisture sensor module dengan harga Rm5 dari Cytron Technologies. Aku beli pada 22 Ogos 2019 dan start pakai module ini pada 20 Disember 2019. Sepanjang tempoh pembelian aku tak pernah guna sensor ini dan sentiasa berada di tempat kering.

Jadi pada 20 Disember 2019 bila dah mulai pakai aku celup sensor dalam air dan biarkan ia selama hampir 2 hari untuk melihat bacaan sensor. Apa yang aku perhatikan semasa 2 hari tersebut adalah sensor berfungsi dengan baik.

Apabila aku dah puashati dengan fungsi sensor ini aku mula pindah ke dalam pasu untuk aku mulai ambil bacaan.

Tapi aku dah mulai perasan yang permukaan putih dah mula hilang yang membuatkan bacaan soil moisture jadi tidak tepat.

Mula pasang sensor di pasu
Semasa proses pengujian sensor

Jadi gambar di atas adalah hasil selama aku start letak di pasu dan mulai berkarat.
Bacaan jadi tak tepat.

Jadi pada aku sensor ini hanya boleh digunakan sementara sahaja tidak boleh digunakan untuk permanent atau diletakkan di dalam tanah dengan tempoh yang lama.

Aku dah beli soil moisture sensor yang lain aku akan review sensor tersebut bila sudah sampai.

Leave a Comment