Jangan Terpedaya Dengan Spesifikasi Tekanan Pam Air – Ini Cara Kira Tekanan Sebenar

Bila kita beli pam air di platform e-dagang online, selalunya kita akan jumpa pam yang kononnya boleh capai tekanan sampai 6 bar. Bunyi memang power, tapi betul ke? Ramai tak tahu, sebenarnya kita boleh semak sendiri tekanan sebenar yang pam tu mampu hasilkan — dan bukan ikut sembang penjual semata-mata.

Apa Maksud “Head Max” Pada Pam?

Dalam spesifikasi pam, biasanya akan ada tulis “Head Max” atau “Total Head”. Nilai ni dalam meter, dan ia tunjuk sejauh mana tinggi air boleh ditolak oleh pam tu.

Contohnya, kalau head max pam tu 22 meter, maksudnya secara teori pam tu boleh tolak air setinggi 22 meter dari titik asal.

Macam Mana Nak Kira Tekanan Sebenar?

Senang je. Guna formula ringkas ni:

Tekanan (bar) = Head Max (meter) x 0.098

Jadi kalau pam tu ada head max 22 meter:

22 × 0.098 = 2.16 bar

Itulah tekanan maksimum sebenar pam tu boleh hasilkan. Bukan 6 bar macam yang selalu diiklankan.

Kenapa Perlu Ambil Tahu?

Benda ni penting sebab kalau sistem yang kita guna perlukan tekanan tinggi (macam sistem sprinkler, penapis air atau penyiram automatik), dan kita beli pam yang tak cukup kuat, sistem tu tak akan berfungsi dengan baik. Rugi duit, buang masa.

Tips Beli Pam Air Online:

  • Jangan terus percaya bila tengok pam tulis “6 bar”
  • Tengok bahagian Head Max dan buat kiraan sendiri
  • Baca ulasan pengguna lain, tengok review betul-betul
  • Kalau was-was, tanya penjual dulu

Kesimpulannya, jangan tertipu dengan angka besar bila beli pam air dari platform e-dagang online. Lebih baik faham apa itu head max dan tahu cara kira tekanan sebenar supaya pembelian kita berbaloi dan sesuai dengan kegunaan.


References URL; – https://www.northridgepumps.com/article-223_head-vs-pressure

Leave a Comment