Beli Pam Ikut HP Semata? Ko Silap
Ramai orang beli pam air ikut nombor HP je. Lebih besar rasa lebih selamat. Tapi tu bukan cara yang betul. Pam yang sesuai ditentukan oleh dua benda: flow rate dan total dynamic head (TDH).
Untuk 2,000 pokok cili dengan sistem fertigasi, aku nak tunjuk cara kira step by step.
Step 1: Kira Flow Rate
Formula dia mudah:
Flow Rate (Q) = Bilangan Pokok × Kadar Dripper
Contoh:
2,000 pokok × 2 L/jam = 4,000 L/jam
= 4 m³/jam
= 66.7 liter/minit
Pam ko kena mampu bekalkan sekurang-kurangnya 67 liter/minit. Kalau ko guna dripper 4 L/jam, flow rate naik jadi 133 L/min. Adjust ikut spec dripper yang ko pasang.
Step 2: Kira Total Dynamic Head (TDH)
TDH bukan pasal jarak. Ia gabungan tiga komponen:
- Elevation Head: Beza ketinggian dari tangki ke kawasan tanaman. Contoh: 5 m
- Operating Pressure: Tekanan minimum di hujung dripper. Biasanya 10 m (bersamaan 1 bar)
- Friction Loss: Geseran dalam paip, fitting, valve, filter. Anggaran: 5 m
TDH = 5m + 10m + 5m = 20 meter
Nota: 1 meter head = 0.1 bar tekanan. Pegang formula ni.
Step 3: Kira Friction Loss
Friction loss bergantung pada saiz paip, panjang paip, flow rate dan jenis fitting. Untuk pengiraan mudah:
- Paip utama HDPE PN16, 32 mm
- Panjang paip 80 meter
- Flow rate 67 L/min
Anggaran friction loss: 2 hingga 5 meter head. Guna jadual friction loss atau aplikasi pengiraan untuk nilai tepat.
Tip: guna paip yang lebih besar atau pendekkan jarak paip untuk kurangkan friction loss. Kos operasi pun turun.
Step 4: Pilih HP Pam Berdasarkan Flow Rate dan TDH
Keperluan sistem contoh: Flow Rate 67 L/min, TDH 20 meter.
| HP Pam | Flow Rate (L/min @ 20m) | Sesuai? | Catatan |
|---|---|---|---|
| 0.5 HP | 20-35 L/min | Tidak sesuai | Tekanan tak stabil, tak cukup untuk 2,000 pokok |
| 1.0 HP | 40-60 L/min | Boleh tapi hampir had | Sesuai kalau siram berperingkat 1-2 zon sahaja |
| 1.5 HP | 60-90 L/min | Paling sesuai | Pilihan ideal untuk 2,000 pokok |
| 2.0 HP | 80-120 L/min | Sesuai untuk beban tinggi | Jarak paip jauh, kawasan berbukit atau banyak zon serentak |
Untuk 2,000 pokok cili, pam 1.5 HP adalah pilihan paling ideal. Mampu hasilkan 60-80 L/min, cukup untuk cover keperluan sistem.
Susun Atur Sistem Fertigasi 2,000 Pokok
Contoh layout yang boleh ko jadikan rujukan:
- Tangki simpanan
- Pam utama
- Paip utama 32 mm
- Penapis disc filter
- Valve
- Fertigasi injector
- Submain 25 mm
- Lateral 16 mm dengan dripper 2 L/jam
Susun dalam 4 blok × 500 pokok. Ini bagi ko flexibility nak control zon siraman secara berasingan.
Tip Penting Sebelum Beli
- Pastikan tekanan minimum di hujung lateral sekurang-kurangnya 1 bar
- Bersihkan penapis secara berkala, jangan tunggu tersumbat
- Rancang sistem dengan zon siraman kalau pam kecil
- Simpan air secukupnya dalam tangki untuk kestabilan sistem
- Buat penyelenggaraan pam secara berkala
Lagi Cantik Kalau Dapat Di-integrate Dengan…
Sistem fertigasi ni sebenarnya lagi power kalau ko sambung dengan automasi. Beberapa idea yang boleh explore:
IoT: ESP32 + Sensor
Pasang ESP32 dengan soil moisture sensor dan flow sensor kat sistem ni. Ko boleh monitor kadar aliran sebenar, detect kalau ada paip bocor atau dripper tersumbat. Data hantar terus ke dashboard via MQTT.
Tambah relay module untuk control pam dan solenoid valve secara automatik. Siram ikut jadual atau ikut bacaan kelembapan tanah, mana yang dicapai dulu.
Zabbix: Monitor Uptime Pam dan Alert
Kalau ko dah ada Zabbix dalam infrastruktur, boleh tambah monitoring untuk sistem fertigasi ni. ESP32 expose data via HTTP atau SNMP, Zabbix scrape dan buat trigger.
Contoh trigger yang berguna: alert kalau flow rate drop bawah threshold (paip pecah atau pam rosak), atau kalau pam run lebih dari X minit tanpa henti (kepala panas). Ko dapat SMS atau Telegram alert terus.
Linux + Node-RED: Automation Dashboard
Deploy Node-RED kat Raspberry Pi atau mana-mana Linux box dalam ladang. Dari situ ko boleh buat visual flow: bila sensor baca lembapan rendah, trigger pam, log waktu siraman, hantar summary harian ke Telegram.
Combine dengan InfluxDB + Grafana untuk historical data. Ko nampak trend, tahu musim mana air usage tinggi, boleh optimize jadual siraman.
AWS: Cloud Logging dan Remote Access
Kalau ladang ko jauh dan takde orang jaga, push data sensor ke AWS IoT Core via MQTT. Dari situ boleh store kat DynamoDB atau S3, set CloudWatch alarm untuk anomali.
Combine dengan AWS Lambda untuk trigger notification atau automation rule. Ko duduk KL pun boleh tahu status pam kat ladang Kelantan dalam masa nyata.
Kesimpulan
Pam yang tepat bukan yang paling besar, tapi yang paling sesuai dengan reka bentuk ladang ko. Untuk 2,000 pokok cili dengan TDH 20 meter dan flow rate 67 L/min, 1.5 HP adalah sweet spot.
Kira dulu, baru beli. Jangan tembak.