HikVision dan NFS Server

Aku baru sahaja beli HikVision Wifi CCTV bulan awal bulan ini untuk monitor kucing dan faktor keselamatan.

Model yang aku beli adalah HikVision CCTV DS-2CV1021G0-IDW1 , jadi kalau nak tengok dan berminat nak beli boleh klik ke URL di atas.

Disebabkan Wifi CCTV ini akan diletak dekat luar aku memilih untuk ada ciri-ciri IP66 yang mana dia tahan hujan & panas walaupun berada di bawah bumbung.

NE IP Ratings Guide

Jadi di sini aku nak kongsi cara untuk menyimpan gambar dan video rakaman CCTV. Aku memilih untuk menggunakan server Linux yang aku ada cuma aku kena buat beberapa konfigurasi untuk membolehkan server Linux ini boleh jadi NFS (Network Filesystem Server).

Jadi proses konfigurasi NFS server aku cuma ikut guide dari How To Setup NFS Server on CentOS 7 / RHEL 7 sebab server aku CentOS 7. Kalau distro lain kena Google lah cara nak setup untuk distro tuh.

Cuma disini aku cuma nak ingatkan untuk pastikan yang filesystem yang dah di”export” itu boleh di”mount”kan oleh NFS client dan juga perlu pastikan yang NFS client boleh “write” & “ready” filesystem yang di”export” itu. Bila dah siap baru boleh proceed dengan setup Wifi CCTV.

Bila dah siap bahagian konfigurasi untuk NFS Server kita boleh teruskan untuk setup Wifi CCTV.

HikVision banyak keluarkan guide / manual untuk setup NAS tapi aku tak jumpa yang guide untuk sesiapa yang nak guna NFS Server. Jadi aku tulis secara ringkas dengan gambar sekali.

Masuk ke management page Wifi CCTV dan cari Storage Management macam gambar dekat bawah. Tekan tab Net HDD, mungkin gambar dekat bawah berbeza tapi cara setup lebih kurang sama.

Di bawah dalam bulatan biru, masukkan IP NFS Server yang dah setup tadi, File Path dalam bulatan oren tuh masukkan filesystem mount point yang dah set dalam exportfs tadi, mounting type pilih NFS, User Name dan Password abaikan.

Kemudian buat Test connection yang dalam bulatan merah pastikan connection successful.

Dah siap mount filesystem, kita kena format storage tersebut baru boleh pakai. Select disk yang dah mount tadi dan klik Format.

Makesure save lepas dah format, percentage dekat bawah aku tak ubah apa-apa just guna yang default.

Kemudian boleh pergi ke bahagian video/audio dan ubah Video Type kepada Stream sebab kalau tak ubah yang ini video tak masuk ke dalam NFS storage. Untuk penerangan lebih terperinci pasal settings dia itu boleh tengok video mamat ini – How to set up recording configuration for Hikvision cameras. , dia terangkan apa guna tiap settings tuh, pilih dan ubahlah ikut kesusaian.

Kemudian masuk dalam server dah boleh verify file video masuk.

Aku belum habis godek lagi, rasa ada lagi sedikit finetuning yang nak kena buat tentang file ownership. Aku akan update lagi bila jumpa approach yang lagi baik untuk ownership tuh.

Leave a Comment