Skip to content
Makerflow
  • Main
  • Blog
  • Solar Calculator

Projek

Random Project

WordPress, Grafana, InfluxDB, EMQ, Akaunting, InvoicePlane

Antara sistem open source yang aku host di server sendiri. Kebanyakan untuk kegunaan peribadi. Ada juga client yang pernah menggunakan khidmat reka grafik adik aku yang aku host.

 

cuaca

Instagram Feeds

azmidotmy

IoT + Tools + Tinkering
Build. Monitor. Automate.

. Test custom board untuk control spray & high vol .
Test custom board untuk control spray & high voltage trigger — projek Spirit Canon. Guna ESP-12E, wiring pun tak berapa kemas lagi sebab ni prototaip je. Dalam video, aku try hantar arahan guna MQTT, terus board ni respon. Sikit lagi nak siap!

#esp8266 #mqttproject #iotmalaysia #esp12e #diyelectronics #spiritcanon #malaysiaboleh #techhobi
. Police strobe light selepas beberapa kali percub .
Police strobe light selepas beberapa kali percubaan. Menggunakan NE555 timer IC. Input Volt 4.5 - 16V.

Lampu LED tuh sebenarnya saki baki peninggalan dari project fluted wall master bedroom, jadi dari buang aku guna buat strobe light.

Dalam video nampak LED bergerak, tapi tak, itu sebab frame rate hp. Hasil dia kelip-kelip banyak kali and turn change kiri kanan. Macam tuhlah.

Solder wire lead sangat-sangat penting, kalau tak hasil dia dekat gambar hujung sekali. Habis burn board, pad habis cabut.

Boleh deploy dah. 😄
. Voltage Regulator LD1117AV33, guna dia untuk kes .
Voltage Regulator LD1117AV33, guna dia untuk kes aku nak turunkan voltage dari 5V ke 3.3V. Voltage 3.3V aku gunakan untuk bagi power dekat esp01s microcontroller yang kecik tuh.
.
Kalau diikutkan dah lama siap projek siram pokok dekat area porch tapi komponen aku beli dari China semua fake. Voltage masuk dengan voltage keluar sama ja. Ada yang overheat bila sentuh mak oi panas betul.

Jadi kali ini aku beli dari supplier yang betul dan tadi buat test upgrade terus dari 1 channel relay pakai 4 channel relay. Boleh la buat standy nak control apa-apa lagi dekat porch nanti.
.
Lepas ni just nak solder perkemaskan board baru, pastikan semua connection ok, baru boleh pasang dekat porch.

#esp01s #esp01project
Level malas aku dah makin meningkat. Kali ini mala Level malas aku dah makin meningkat. Kali ini malas dah nak pergi porch depan bukak paip siram pokok.

Nak automate kan jer senang tahu2 pokok dah bersiram. 

Jadual siram ikut suka nak ubah anytime pun boleh, online jer.

Yang best aku pakai bateri dari autogate, tengok bateri tuh duk standby jer tak guna baik dia buat kerja siram pokok.

Barang2 dalam gambar tuh semua untuk dry run, just nak tengok boleh connect to wifi dan terima arahan atau tidak.

Banding dengan nodemcu, aku lagi suka esp01s nih, kecik je. Compact.

Relay tuh pakai balik sebab memang dah lama ada. Jimat.

#esp01s
. Sebenarnya masa buat kerja maintainance tangki h .
Sebenarnya masa buat kerja maintainance tangki haritu aku ada buat lagi satu penambahan features dekat water pump.

Aku letak vibration & temperature sensor dekat water pump.

Tujuan dia adalah supaya aku boleh tahu waterpump tuh tengah beroperasi dan boleh tahu andaikata dia overheat.
. Kesinambungan projek pam air haritu sebenarnya c .
Kesinambungan projek pam air haritu sebenarnya cuma baru kali ini bersemangat nak sambung balik. 

Banyak perkara yang jadi sebelum betul2 ada semangat nak sambung buat maintenance tangki air. Bila dah kuat balik semangat baru boleh sambung.

Kerja maintenance nih mudah ja, hanya perlu potong plywood dan selit bawah tangki. 

Kenapa kena ada lapik tambahan sebab kawasan rumah nih banyak kes tangki pecah tepi sebab lapik plywood tak betul2 lapik seluruh tapak tangki.
Jadi lama-lama dia melengkung & pecah. 

Proses kerja ambil masa 3 hari sebab tutup paip utama dan biar guna air tangki sampai tangki boleh angkat sikit untuk selitkan plywood tadi.

Plywood tuh kebetulan developer tinggalkan jadi potong dan guna balik, tebal pun sama dengan plywood yg ada. 

Bila dah selit buka air dan ambil peluang cuci tangki. Gambar last sekali tuh paip untuk buang air tangki, jadi kalau panggil tukang, dia buang air ikut situ lah. 

Proses dia mudah tapi banyak kali juga turun naik siling. Nasib dah pasang lampu siap2 jadi nak buat kerja maintenance mudah.

#nilai #diy #diymalaysia #nilain9
. Pertama sekali, ini bukan kereta aku. Ini kereta .
Pertama sekali, ini bukan kereta aku. Ini kereta kawan aku.

Kereta dia ada masalah bunyi bila jalan dekat tempat tak berapa rata. Belok sikit pun ada bunyi.

Awal2 suspek mounting absorber, kami dah tukar mounting absorber masalah makin teruk, bunyi makin kuat.

Jadi disebabkan dah malam, nak masukkan kereta dalam kedai pun susah jadi aku suh member aku park dekat rumah aku sementara aku tengokkan apa isu.

Lama juga keta nih kat rumah sebab masa nak menggodek tuh takda, cuti sekolah masa tuh.

Mula tukar tie rod, tak jadi, kendian angkat balik tengok stabilizer sebelah kiri & compare dengan stabilizer kanan, masa buka stabilizer kiri ini dah perasan ada bunyi sebelah kanan. Baru teringat masa kami buka tukar absorber mounting haritu kami tak ikat nut stabilizer tuh ketat.

Jadi pasang balik stabilizer belah kiri, dan pergi ke stabilizer kanan ketatkan semula bebetul.

Setel masalah bunyi hilang masa aku test drive keliling rumah. 

Update terkini, bunyi timbul semula. Tapi dah tahu datang dari mana, stabilizer tuh.

Berdasarkan tontonan dekat youtube, dekat tengah kepala stabilizer tuh ada locked tapi yang kawan aku punya kereta takde. Jadi nak ketatkan nut kalau takde tempat locked tuh akan jadi susah & masalah akan timbul balik.

Itu sahaja lah, kereta dah pulang dekat member. 😆

#auditt #diymalaysia #nilain9 #audimalaysia
Projek Tukar Mounting Enjin Kelisa AT Nak tukar m Projek Tukar Mounting Enjin Kelisa AT

Nak tukar mounting enjin memang dah lama tapi downtime lama dan bolak balik nak buat sendiri sebab mounting bahagian belakang mang aih susah nak buat.

Tapi akhirnya buat keputusan buat jugak sendiri sebab gegar enjin dah makin annoying. Reverse pun enjin sentap. Jadi mula buat dari hari Rabu 1 Feb 2023 siap tadi 4 Feb 2023, buat lepas kerja sikit demi sikit.

Mounting tuh bukan original lah, harga mounting original 2x ganda harga mounting OEM nih. Poket tak tebal beli apa mampu jer, lagipun warranty setahun.

#diy #diymalaysia #kelisa #nilain9
Follow on Instagram

© 2025 Makerflow • Built with GeneratePress