Software agent ini adalah satu agent yang mana ia boleh memeriksa hardware status physical server iaitu host-nya sendiri. Biasa-nya sofware agent dibina oleh manufacturer hardware itu sendiri seperti contoh HP Hardware lebih spesifik model Proliant dibina oleh Hewlett Packard.
Case di bawah ini adalah satu kes yang aku pernah fix semasa bekerja di BAE Systems. Masa ini satu physical server HP Proliant yang menggunakan agent hpacucli tak boleh communicate dengan controller module untuk tahu status HDD ( harddisk ).
Jadi agent yang baru dipanggil sscali perlu di-install supaya boleh communicate dengan controller module tersebut. Sebab kenapa agent hpacucli adalah sebab kemungkinan agent tersebut tak compatible dengan firmware hardware yang baru.
Site yang boleh di-rujuk untuk download package ssacli di-sini. Dalam URL tersebut untuk version CentOS 6, jika hendak install atas CentOS 7, boleh pergi ke parent directory dah pilih CentOS 7.
Bila dah download, transfer masuk ke dalam server dan guna command rpm atau gune yum untuk install. Untuk kes ini aku guna command rpm macam di bawah.
# rpm -vih ssacli-3.40-3.0.x86_64.rpm
# rpm -vih ssaducli-3.40-3.0.x86_64.rpm
Lepas dah install baru boleh tengok status HDD tersebut.
# ssacli ctrl slot=0 pd all show status
physicaldrive 1I:1:1 (port 1I:box 1:bay 1, 146 GB): OK
physicaldrive 1I:1:2 (port 1I:box 1:bay 2, 146 GB): Predictive Failure
Dah nampak HDD status yang rosak boleh terus generate report lepas tuh hantar fail tuh pada hardware vendor untuk proses replacement.
# ssacli ctrl all diag file=per5-eps-gwsscan01_ssacli.zip
Generating diagnostic report...done