Pagi ini agak menggembirakan sebab dapat kelajuan maksima 520Mbps ( kelajuan penuh langganan internet ) on Wifi walaupun ada masa tak capai dan aku memahami sebab ia atas Wifi dan tak stabil.
Tapi pencapaian untuk dapat kelajuan maksima sudah cukup menggembirakan walaupun dapat dalam sekali dua. Ini dapat membuktikan bahawa kelajuan maksimum boleh dicapai di atas Wifi dan ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.
Perkara yang pertama adalah, Wifi Router itu sendiri.
Untuk Wifi Router yang aku guna, ada model TP-Link AX73 yang mana ia adalah router yang stabil dan mempunyai hardware spefisikasi yang baik dari segi CPU & RAM ( Broadcom BCM6750 1.5Ghz triple-core CPU with 512MB ; rujukan sini ).
Perkara kedua adalah device yang anda guna seperti handphone perlu support 5Ghz signal sebab kalau tak support memang sukar nak dapat kelajuan maksimum yang anda langgan seperti 500Mbps. Selain dari device yang support 5Hz, ia juga perlu mempunyai performance yang baik, sebagai contoh mobile device tuh tak boleh mempunyai masalah seperti memory penuh, dan sebagainya.
Perkara ketiga adalah jarak antara device dengan Wifi Router itu sendiri yang mana jarak aku dengan router lebih kurang 2-3 kaki sahaja. Faktor ini penyumbang besar kepada kelajuan internet sebab bila keluar dari bilik kelajuan internet akan drop sebab signal perlu melalui beam / dinding dan faktor lain yang sebagainya.
Jadi di atas adalah beberapa faktor yang aku kongsikan secara santai-santai berdasarkan dari pengalaman aku.