ezbiz Online, Separa Online

Baru-baru ini aku buka akaun untuk daftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggunakan sistem ezbiz. Selepas dapat login ezbiz, aku login dan semasa hover ke menu My Business Services aku nampak maklumat dalam bulatan merah ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-4.png

SSM mahukan pengguna untuk datang ke kaunter dan buat pengesahan cap jari baru boleh guna sistem ezbiz.

Image result for facepalm"

Boleh Improve Lagi

Requirement yang memerlukan pengguan untuk datang ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk cap jari dan mereka akan enable-kan feature untuk create syarikat baru.

Requirement ini boleh ditambah baik sebab tujuan utama jadikan sistem online adalah supaya orang ramai boleh selesaikan sesuatu hal tanpa perlu pergi ke kaunter. Tak perlu beratur.

Pada hemat aku, requirement untuk verify kesahihan maklumat boleh menggunakan pelbagai cara. Antaranya seperti di bawah.

Selfie

Ambil gambar selfie dengan kad pengenalan, gambar muka pemohon dan kad pengenalan perlu jelas dan selepas itu record movement muka bersama kad pengenalan.

Kemudian pihak SSM boleh tengok gambar dan video sangat dan approve sahaja request.

Cara ini sebenarnya dah ada mobile application yang pakai, tak perlu sebut nama sebab kalau cara ini digunakan sememangnya service yang disediakan melibatkan kerugian kos yang tinggi pada penyedia service tersebut sekiranya penyedia perkhidmatan tersebut di-aniaya.

Jadi proses pengesahan begini yang pantas, mudah dan reliable mereka gunakan memang efisien.

Kod Sekuriti

Kod ini boleh dihantar melalui SMS untuk memastikan bahawa telefon bimbit berkenaan adalah sah dan pengguna itu sendiri yang key-in kod tersebut.

Rekod telefon bimbit boleh sahaja di cross-check dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya ingin mendapatkan lebih pengesahan. Tapi aku kurang pasti kalau SSM akan pergi ke tahap ini memandangkan sebab kemungkinan pelbagai halangan yang mungkin menjadi cabaran.

Jadi itu adalah contoh untuk verify maklumat pengguna dan mengesahkan pengguna tersebut adalah palsu atau tidak.

Objektif sistem online adalah supaya hal administrative ini boleh di-selesaikan di hujung jari jadi sekiranya perlu datang ke kaunter, ia defeat the purpose.

Leave a Comment