Tarik Data Log Dari Zabbix Agent

Untuk sebuah Zabbix Server dapatkan data log dari server ( Linux ), Zabbix Agent yang running di dalam server tersebut perlu allow Zabbix Server untuk remote execute command yang dia perlu supaya dia boleh baca kandungan log dalam file.

Jadi dalam kes ini, setelah kita pastikan firewall dan setup item dari Zabbix Server selesai, kita perlu pastikan bahawa Zabbix Agent ada parameter ServerActive di dalam file configuration dia. Lokasi file configuration Zabbix Agent di dalam;

/etc/zabbix/zabbix_agentd.conf

Kita perlu edit file ini dan kita perlu tambah parameter;

ServerActive=hostnameServerZabbix.com

Lepas tuh, boleh dah restart service Zabbix Agent dan sepatutnya log dah boleh ditengok dari Zabbix Dashboard.

$ sudo systemctl restart zabbix-agent.service

Jikalau ServerActive ini dah ada dalam configuration file Zabbix Agent, features ini tak akan berjalan jadi Zabbix Server tak boleh kutip data untuk diproses. Dalam notes / comment file configuration Zabbix Agent juga dia dah beritahu;

### Option: ServerActive
#       List of comma delimited IP:port (or hostname:port) pairs of Zabbix servers for active checks.
#       If port is not specified, default port is used.
#       IPv6 addresses must be enclosed in square brackets if port for that host is specified.
#       If port is not specified, square brackets for IPv6 addresses are optional.
#       If this parameter is not specified, active checks are disabled.
#       Example: ServerActive=127.0.0.1:20051,zabbix.domain,[::1]:30051,::1,[12fc::1

Harap bermanfaat dan selamat meng’analisa’ log.

Leave a Comment