Setting MIG-950 Mengikut Ketebalan Besi
Kalau ko baru dapat MIG-950 dan tercari-cari nak set current dengan voltage berapa, ni jadualnya. Straight to the point.
Jadual Setting
| Ketebalan Besi (mm) | Current (A) | Voltage (V) |
|---|---|---|
| 0.8 → 1.2 | Pukul 9 | Pukul 9 / 8 |
| 1.3 → 1.6 | Pukul 10 | Pukul 10 |
| 1.7 → 2.5 | Pukul 10 | Pukul 1 → 3 |
Cara Baca Knob
Setting ni guna arah jam, macam ko tengok muka jam.
- Current (A): ejas kelajuan dawai masuk. Makin tinggi, makin laju dawai feed.
- Voltage (V): ejas api. Naik voltage, api lebih besar. Ikut ketebalan besi.
Nota Penting
Setting di atas untuk MIG-950 hitam sahaja. Model lain mungkin berbeza skalanya.
Besi nipis macam 0.8mm, jangan over-set voltage. Nanti burn through, berlubang besi tu.
Kalau weld tak cantik atau banyak spatter, cuba fine-tune sikit. Naik atau turun setengah angka jam dulu, tengok hasilnya.