Beberapa hari lepas aku saja buat percubaan untuk host live stream dari CCTV ke VLC Player dan cara setup dia agak mudah juga asalkan kita tahu apa id dan password untuk akses ke RTSP protocol CCTV tersebut.
Untuk kes aku seperti mana yang aku pernah cerita sebelum ini, aku menggunakan CCTV HikVision dan ada feature untuk live stream.
Jadi untuk buat live stream macam ini aku guna package ffmpeg yang di’install dalam server CentOS 7, kesemua cara untuk install boleh merujuk cara tersebut dekat sini. Sekarang semua mudah dah, package dalam repository tak payah nak compile dah.
Dan untuk convert livestream yang feed dari RTSP ke HLS aku ikut post dari guide sini, cuma ada satu perkara yang kita perlu tahu iaitu server Linux tersebut perlu ada service httpd / Apache atau apa sahaja webhosting service yang anda selesa untuk host file m3u8 tersebut.
Jadi server CentOS 7 perlu di’install dengan httpd / Apache, nak install httpd di CentOS 7 cuma perlu run command seperti di bawah.
$ sudo yum install httpd -y
Tapi aku ada buat sedikit modifikasi konfigurasi httpd untuk dia guna port 9090 dan bukan port default iaitu 80.
Jadi setelah siap semua modifikasi yang perlu, package yang perlu ada untuk run conversion tersebut dah siap untuk di cuba menggunakan command seperti di bawah.
$ ffmpeg -v info -i rtsp://[id&password]@[ip]:554/Streaming/Channels/101/ -c:v copy -c:a copy -bufsize 1835k -pix_fmt yuv420p -flags -global_header -hls_time 10 -hls_list_size 6 -hls_wrap 10 /var/www/video.m3u8
Dan untuk play dengan VLC, kita kena adjust sikit player tersebut supaya boleh akses m3u8 fail yang kita host di server CentOS 7 tadi. Aku cuma ikut guide dekat sini dan sesuaikan dengan setup yang aku ada seperti IP server & port httpd 9090 tadi.
Sekian.